Showing posts with label Tempahan Jahitan. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Jahitan. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Tempahan raya 2014

Assalamualaikum...

Untuk makluman tempahan raya 2014 telah ditutup..sebarang tempahan baju untuk tahun 2014 juga ditutup.

Kerana admin baru jer bersalin dan mempunyai anak kecil, xsempat jahit laju2..

Tempahan pola masih diterima.

Sekian

Thursday, January 17, 2013

Menerima upah jahit secara online

1.  Poskan kain ela/ baju yang sedap dipakai kepada kami. Sertakan sekali jenis fesyen, nama, alamat, dan no telefon.---> anda dinasihatkan bagi baju contoh, kerana ramai yang hantar baju melalui ukuran tapi apabila pakai tak ngam dgn badan. atau  ikut ukuran saiz yang sy sediakan.

2.Setelah bungkusan diterima, kami akan memaklumkan kepada anda. Tempahan akan terus diproses.

3. Tempahan biasanya akan siap dalam masa 2/3 minggu bergantung kepada jumlah tempahan. Tempahan akan dibuat mengikut giliran.

4. Kami akan memaklumkan kepada anda setelah tempahan siap serta jumlah bayaran yang dikenakan.

5. Buat bayaran dan caj penghantaran  akan dikenakan seperti caj yang anda kirim kepada kami.

6. SMS/ WhatsApp/ email detail pembayaran dengan segera kepada kami. Kain/baju anda akan di pos segera ke alamat anda.

7. Hanya menggunakan perkhidmatan Pos Laju, penghantaran tempahan akan dilakukan setiap 10pagi. Ahad hingga Khamis. (kecuali cuti am)

8. Kepada pelanggan disekitar Jerteh, Terengganu, anda boleh hantar terus ke rumah/ hubungi saya , kita kan jumpa dimana2 tempat yang sesuai.

Rujukan ukuran