Saturday, June 29, 2013

Kelas Jahitan Komuniti

Salam

Sini Nora nak kongsikan tempat Nora belajar jahit. Disyorkan kepada semua warga Terengganu, terutamanya kawasan Jerteh.



Anjuran: Yayasan Pembangunan Keluarga
Lokasi: Gong Kemuntong,Jerteh Terengganu
berhampiran Padang Astaka-diutamakan untuk kawasan Jerteh sahaja.
Modul: jahitan Asas, Baju Kurung, Baju Melayu+Seluar, Baju Kebaya, Kemeja.
Tempoh kursus: 4 Bulan(sijil penyertaan disediakan)
Yuran kemasukan: RM50, tiada yuran bulanan dikenakan
Contact: Pn Ramilah Yusof: 0199984570-cikgu yang mengajar.


Kepada orang2 Jerteh, boleh lar usha2 tempat ni...murahkan!! Luar kawasan Jerteh : sebenarnya setiap dun ada kursus ni, sila dapatkan  contact dari Yayasan Pembanguna Keluarga Terengganu.

*sajer jer share, x ambil komisen apepun..

Monday, June 3, 2013

Tempahan Raya 2013

Salam

Buat masa sekarang , tempahan raya 2013 hanya dibuka untuk baju kurung, baju kurung pesak gantung dan baju kurung riau dan seangkatan baju kurung sahaja...

untuk tempahan fesyen-fesyen lain ditutup buat sementara diberitahu kelak..

sekian...

Wednesday, May 1, 2013

Maxi jubah +selua tido

selua tido...ada tali kat pinggang..





Full lining with satin, sbb fabriknya kaler putih...
Jubah ala2maxi...buat cutting sikit bahagian pinggang.




Wednesday, April 24, 2013

Cara mudah potong garisan lurus


1. Gunting hujung kain.

2. Buka, celahan kain yang dah gunting tadi...cuba tarik benang...

3. Dapat garisan yang lurus... seperti anak panah gambar kat atas (sorry lah blurr skit)..

Lepas tu boleh terus gunting...jangan risau mmg tak bengkok2 dah...heheh. Sangat berguna sekiranya nak potong langsir...langsir kan besar, sukar nak bentang semua...

tq

Panduan color blocking

Buat garisan hitam tu, then pusing2...itulah color yang harmoni

Warnanya agak striking, saya suka pastel...tapi still leh mix color guna panduan ni

Jom cuba


sumber mr google
 

Wednesday, April 17, 2013

Half moon, Shawl, dan Maxi princess cutting

 6pcs half moon, 1pcs shawl, 1pcs maxi princess cutting
Tempahan dari cust Amni Nahli: done delivered..Alhamdulillah..more coming soon katanya :)

Sunday, March 10, 2013

MIni kurung dan kain potong lapan

kain potong 8

lebihan kain cust request buat tudung.

Tudung ni saiz M..labuh 16inci, muka 13 inci,:


Mini Kurung(tanpa dart) + batu2 swaroski warna warni

Saturday, March 2, 2013

Kurung Moden

Salam

Nota ni adalah nota Nora yang dah diubahsuai dari tempat Nora belajar kat kelas komuniti berdekatan.... Secara senang hati Nora nak share nota ni..heheh..



 Cara lukis pola ni, sila ikut langkah ABC tu secara urutan dia...Insha Allah boleh buat...
Nora lebih suka buat pola ukuran siap. Maknanya ukuran yang sepatutnya jadi baju, tanpa ambil basi.

Lakaran dengan pensel- cara buat pola,
Line biru- cara potong pola
Line oren - cara potong kain (ukuran basi)

Bahagian Hadapan
A-B = ukuran labuh baju
A-C = ukuran garis pinggang (bahu ke pinggang)
A-D = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1 inci
C-E = 8inci

A-A' = bahu bahagi 2
A2-A3 = turun 1 inci
A- A4 = ukuran leher bahagi 6 (ukuran standart 3inci)
A-A5 = ukuran leher bahagi 6 +0.5 inci (tapi Nora lebih suka 5inci untuk keselesaan)
A4-A6 = sama A-A5 
bentukan leher dari A4-A5
gariskan A4-A3

D-D' = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1inci -->  sama A-D
D'-D2 = masukkan 2.5 inci
gariskan A3-D2
D2-D3 = naik 2.5 inci
bentukan D3-D1' dengan sesiku L

C-C' = keliling pinggang bahagi 4+ 1.5 inci (1 inci untuk dart, 0.5 untuk keslesaan)
C3= ukuran bahu ke dada +1inci
C-C2 = ukuran mercu dada-mercu dada bahagi 2
C2-C5 = 0.5 inci
C2-C6 = 0.5 inci
C2-C4= turun 7@8 inci.
bentukkan C3-C5,C5-C4,C6-C4,C3-C6
bentukkan D'-C', C'-E' dengan pembaris body


E-E' = ukuran keliling punggung bahagi 4
B-B' = ukuran punggung bahagi 4 +1@1.5inci
bentukan dengan pembaris body E'-B'
B-B2 =turun 0.5 inci
Bentukan  B'-B2

Bahagian Belakang

A-B = ukuran labuh baju
A-C = ukuran garis pinggang (bahu ke pinggang)
A-D = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1 inci
C-E = 8inci

A-A' = bahu bahagi 2
A2-A3 = turun 1 inci
A- A4 = ukuran leher bahagi 6 (ukuran standart 3inci)
A4-A5 = turun 0.5 inci
A-A6 = sama A4-A5 
bentukan leher
gariskan A4-A3

D-D' = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1inci -->  sama A-D
D'-D2 = masukkan 3 inci
gariskan A3-D2
D2-D3 = naik 3 inci
bentukan D3-D1' dengan sesiku L

C-C' = keliling pinggang bahagi 4+ 1.5 inci (1 inci untuk dart, 0.5 untuk keslesaan)
C3= ukuran bahu ke dada +1inci
C-C2 = ukuran mercu dada-mercu dada bahagi 2
C2-C5 = 0.5 inci
C2-C6 = 0.5 inci
C2-C4= turun 7@8 inci.
bentukkan C3-C5,C5-C4,C6-C4,C3-C6
bentukkan D'-C', C'-E' dengan pembaris body


E-E' = ukuran keliling punggung bahagi 4
B-B' = ukuran punggung bahagi 4 +1@1.5inci
bentukan dengan pembaris body E'-B'






Thursday, January 17, 2013

Senarai harga upah jahit

Kurung dewasa RM30
Kurung Pahang/pesak gantung RM35
Kurung kanak-kanak bawah 6 tahun RM16-RM20
Kurung kanak-kanak 6 tahun-12 tahun RM20
Kurung uniform sekolah 13-17tahun RM 25

Kurung Moden/ Mini Kurung dewasa RM45
Baju peplum: RM35 (baju sahaja) + kain mermaid/duyung: RM20, / kain kembang biasa: RM15,
Peplum kanak2 (12tahun kebawah): RM30 sepasang

Jubah biasa RM45
Jubah panel/pricess cut/ maxi/ dress labuh RM60 bergantung pada fesyen.

Baju Melayu Johor (leher baju kurung) RM 40 -baju sahaja, kanak -kanak baju+seluar RM20
Baju Melayu Cekak Musang RM50- baju sahaja , kanak-kanak baju+seluar RM30
Seluar RM30

Kemeja Lelaki/Perempuan lengan pendek RM35, Kanak-kanak RM20
Kemeja Lelaki/Perempuan lengan panjang RM40, Kanak-kanak RM30


 Harga Tambahan
Nursing: RM10
Pasang lengan bergetah RM5
Kaf RM5-RM8
Tulang Belut RM10
Mata Lalat RM7
Piping RM10
Tindih Kasih RM10
Lining -harga upah double
 Kain licin seperti chiffon/sutera  tambah RM20


tempahan melebihi 3 pasang: layak dapat harga budi bicara tukang jahit.





Cara berhubung

SMS 0139034509
WhatApp: 018-9536155
email: norabarakah@gmail.com





Menerima upah jahit secara online

1.  Poskan kain ela/ baju yang sedap dipakai kepada kami. Sertakan sekali jenis fesyen, nama, alamat, dan no telefon.---> anda dinasihatkan bagi baju contoh, kerana ramai yang hantar baju melalui ukuran tapi apabila pakai tak ngam dgn badan. atau  ikut ukuran saiz yang sy sediakan.

2.Setelah bungkusan diterima, kami akan memaklumkan kepada anda. Tempahan akan terus diproses.

3. Tempahan biasanya akan siap dalam masa 2/3 minggu bergantung kepada jumlah tempahan. Tempahan akan dibuat mengikut giliran.

4. Kami akan memaklumkan kepada anda setelah tempahan siap serta jumlah bayaran yang dikenakan.

5. Buat bayaran dan caj penghantaran  akan dikenakan seperti caj yang anda kirim kepada kami.

6. SMS/ WhatsApp/ email detail pembayaran dengan segera kepada kami. Kain/baju anda akan di pos segera ke alamat anda.

7. Hanya menggunakan perkhidmatan Pos Laju, penghantaran tempahan akan dilakukan setiap 10pagi. Ahad hingga Khamis. (kecuali cuti am)

8. Kepada pelanggan disekitar Jerteh, Terengganu, anda boleh hantar terus ke rumah/ hubungi saya , kita kan jumpa dimana2 tempat yang sesuai.

Rujukan ukuran