Sunday, March 10, 2013

MIni kurung dan kain potong lapan

kain potong 8

lebihan kain cust request buat tudung.

Tudung ni saiz M..labuh 16inci, muka 13 inci,:

Mini Kurung(tanpa dart) + batu2 swaroski warna warni

Saturday, March 2, 2013

Kurung Moden

Salam

Nota ni adalah nota Nora yang dah diubahsuai dari tempat Nora belajar kat kelas komuniti berdekatan.... Secara senang hati Nora nak share nota ni..heheh..

 Cara lukis pola ni, sila ikut langkah ABC tu secara urutan dia...Insha Allah boleh buat...
Nora lebih suka buat pola ukuran siap. Maknanya ukuran yang sepatutnya jadi baju, tanpa ambil basi.

Lakaran dengan pensel- cara buat pola,
Line biru- cara potong pola
Line oren - cara potong kain (ukuran basi)

Bahagian Hadapan
A-B = ukuran labuh baju
A-C = ukuran garis pinggang (bahu ke pinggang)
A-D = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1 inci
C-E = 8inci

A-A' = bahu bahagi 2
A2-A3 = turun 1 inci
A- A4 = ukuran leher bahagi 6 (ukuran standart 3inci)
A-A5 = ukuran leher bahagi 6 +0.5 inci (tapi Nora lebih suka 5inci untuk keselesaan)
A4-A6 = sama A-A5 
bentukan leher dari A4-A5
gariskan A4-A3

D-D' = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1inci -->  sama A-D
D'-D2 = masukkan 2.5 inci
gariskan A3-D2
D2-D3 = naik 2.5 inci
bentukan D3-D1' dengan sesiku L

C-C' = keliling pinggang bahagi 4+ 1.5 inci (1 inci untuk dart, 0.5 untuk keslesaan)
C3= ukuran bahu ke dada +1inci
C-C2 = ukuran mercu dada-mercu dada bahagi 2
C2-C5 = 0.5 inci
C2-C6 = 0.5 inci
C2-C4= turun 7@8 inci.
bentukkan C3-C5,C5-C4,C6-C4,C3-C6
bentukkan D'-C', C'-E' dengan pembaris body

E-E' = ukuran keliling punggung bahagi 4
B-B' = ukuran punggung bahagi 4 +1@1.5inci
bentukan dengan pembaris body E'-B'
B-B2 =turun 0.5 inci
Bentukan  B'-B2

Bahagian Belakang

A-B = ukuran labuh baju
A-C = ukuran garis pinggang (bahu ke pinggang)
A-D = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1 inci
C-E = 8inci

A-A' = bahu bahagi 2
A2-A3 = turun 1 inci
A- A4 = ukuran leher bahagi 6 (ukuran standart 3inci)
A4-A5 = turun 0.5 inci
A-A6 = sama A4-A5 
bentukan leher
gariskan A4-A3

D-D' = ukuran dada bahagi 4 +0.5/1inci -->  sama A-D
D'-D2 = masukkan 3 inci
gariskan A3-D2
D2-D3 = naik 3 inci